Tuesday, March 15, 2011

antara kudrat dan akal..



                    VS







suatu jetika dahulu ada seorang lelaki miskin meminta kerja kepada seorang pengusaha balak.. permohonannya itu terus diterima memandangkan dia mempunyai tubuh badan yang sasa.. lelaki itu ditawarkan dengan gaji yang agak lumayan.. "bila saya boleh mula kerja tuan??" tanya lelaki itu.. "sekarang" balas pengusaha balak itu, lalu menghulurkan sebilah kapak yang amat tajam kepada lelaki itu.. 


"kamu tebang pokok yang di hujung sana" kata si majikan kepada lelaki itu sambil menunjukkan ke arah kawasan yang dimaksudkan.. pagi itu kelihatan lelki itu menghayun kapaknya ke pangkal sebatang pokok tua sebesar tiga pemeluk.. cukup tangkas lelaki itu bekerja.. di penghujung hari, dia berjaya menebang 15 batang pokok!! majikannya itu terkejut kerana sepanjang 20 tahun menjadi peniaga balak, belum pernah dia bertemu pekerja segagah itu.. 

si majikan memuji kekuatan lelaki tersebut dan semangatnya untuk mencari pendapatan.. esoknya, ketika matahari mula memancarkan sinarnya, kawasan hutan itu bergema dengan bunyi lelaki miskin bertubuh sasa itu menebang pokok balak.. senja berlabuh dan 12 batang pokok berjaya ditebangnya.. pada hari ketiga, lelaki itu bekerja lebih gigih, tetapi hanya mampu menebang 10 batang pokok sahaja..

hari-hari berikutnya bilangan pokok yang berjaya ditebangnya semakin berkurangan jumlahnya kepada lapan, enam, empat, dua, dan akhirnya sebatang saja.. lelaki itu menjadi bingung memikirkan kemana menghilang nya keperkasaan yang dimiliki selama ini.. "mungkin aku terlalu penat agaknya" keluh lelaki itu sendirian.. kurang jumlah pokok yang ditebang, maka kuranglah juga pendapatannya nanti.. 

petang itu dia ke pejabat si majikan untuk meminta maaf atas apa yang berlaku.. "maafkan saya tuan, saya pun tak tahu apa yang berlaku pada diri saya ini" kata lelaki itu perlahan.. dia merayu majikannya itu supaya tidak memecatnya.. si majikan memandang lelaki itu dan kemudian mengalihkan pandangannya pada kapak yang digunakan untuk menebang pokok.. "bila kali terakhir kamu asah kapak ni??" tanya si majikan.. "asah??" lelaki itu terkejut.. "saya tak ada masa nak asah kapak ni sebab terlalu sibuk bekerja tuan"..


moral of the story: jangan terlalu memikirkan perkara yang besar.. sehinggakan kita terlupa tentang perkara kecil yang boleh membawa kepada kegagalan kita..

2 comments:

Myra Jay said...

punya wat kerja sampai tak sedar kapak dah tumpul. kalau dah tumpul, satu ari tebang pun xleh tumbang pokok :D

..Nasz.. said...

hehe.. tau xpe.. tu la psl.. smpi besok pun x tmbg pokok nye.. haha

Post a Comment