Wednesday, December 15, 2010

akhir nya sempurna..

yaa... apa khabar semua?? harap semua sihat dan dirahmati di samping orang-orang yang kalian sayang.. rasanya dah agak lama aku biar kan blog ini tanpa entry baru.. almaklum lah.. aku tersangat lah sibuk kebelakangan ini.. macam-macam yang nak di buat, tapi masanya tak berapa cukup..hehe.. perkara yang membuatkan aku sibuk ialah assignment-assignment aku.. biasalah, dah nama pun student kan.. mesti ada assignment punya.. nak kata banyak tu tak lah.. tapi banyak jugak lah..hehe.. walau pun hanya 4 sahaja assignment yang aku kena buat, tapi it feels like forever..hehe.. yang menjadi masalah nya pulak, hampir semua assignment yang aku dapat tu nak kena submit on the next 2 weeks after it is release.. dalam masa 2 minggu tu aku rasa macam tak cukup masa nak buat semua.. kalau semua senang tu tak pe lah jugak.. ini semua nya tak berapa nak senang..hehe.. tapi tak tau lah kalau aku saja yang rasa macam tu.. :).. tapi aku kekal kan prinsip "hadapi dengan senyuman", so aku pun buat-buat lah macam semua nya tu senang bagiku.. sampai ada sorang budak kelas aku tu cakap die yang risau tengok aku relax jek dengan semua assignment tu.. dia cakap "you look so cool man with all the assignment.. do you know it was hard??".. aku cuma senyum dan cakap pada dia, "dont think it hard man.. it will make it hard to do".. lalu dia berkata padaku,"i dont believe you man..you even smiling with all the work behind our back".. aku pun cakaplah pada dia lagi,"just take it easy, and it will done as you want".. classmate aku tu ketawa sambil menggeleng -geleng kan kepala nya.. dan pada masa kami berbual tu, percakapan kami di dengari oleh salah seorang lecturer kami, Mr. Joe yang mengajar kami subjek professional issues.. kebetulan masa tu aku dan classmate aku tu nak hantar assignment information systems modeling and design yang merupakan subjek yang agak sukar.. lalu dia pun meminta untuk melihat assignment aku.. aku agak terkejut mendengar apa yang dikatakan selepas beliau melihat assignmet itu.. beliau cakap, "wow..this assignment is tough man..it is not easy to do.. you know, this assignment is a master level.. not a degree level".. yang lebih memeranjatkan aku lagi adalah kata-kata beliau yang ini,"i understand this thing and know how to draw the diagram after 3 years i finish my master, you guys already know how to draw it and undertand it in your undergraduate study".. beliau ambil masa 3 tahun lepas habis study master baru faham dan tahu untuk melukis semua diagram-diagram tersebut.. kata-katanya membuat kan aku terfikir betapa tinggi nya standard yang diletakkan keatas subjek yang aku belajar ni.. aku berkata didalam hati, patutlah aku rasa assignment aku tu tak berapa nak senang.. rupa-rupanya bukanlah standard degree..hehe.. tapi, apa-apa pun aku telah pun berjaya menyiapkan semua assignment aku tu.. aku berasa tersangatlah lega dan penat otak juga..hehe.. tapi segala assignment telah selamat di hantar on time :).. sekarang adalah masa untuk aku update blog dan berehat sebentar.. kerana minggu depan aku ade final exam pula..hehe..

dah settle semua..hehe.. :D