Wednesday, November 17, 2010

korban..

kali ni aku menyambut hari raya aidiladha di kampung sebelah ibuku di felda bukit batu kulai, johor.. suasana agak okla hari ni.. cuaca pun ok.. syukur ku panjatkan kehadrat ilahi kerana memberikan aku peluang tahun ini untuk sekali lagi menyaksikan upacara atau ibadah korban.. baru sahaja aku selesai menyaksikan ibadah korban ini.. aku tengok jiran nenekku yang buat korban kali ini.. besar jugak lembu nye.. sihat walafiat..hehe.. kali ni aku tengok lembu nye tak melawan langsung ketika direbahkan oleh para penduduk di sini.. lembu itu seolah-olah seperti dapat menerima takdir nye yang dijadikan sebagai korban kali ini..masyaallah..maha suci allah.. kebiasaan nya yang aku lihat, lembu2 yang nak di korban kan akan melawan sepenuh tenaga.. siap akan mengejar orang yang ada di sekeliling nya.. kadang2 tu, siap terlepas lembu nya.. lari dan  terpaksa dikejar oleh orang ramai.. tapi kali ini aku tengok lembu yang sekor ni seperti redha dengan nasib nye.. melihat kan lembu itu.. aku tibe2 terfikir sejenak.. sedangkan lembu tu boleh terima nasib nya yang nak disembelih.. kenape ade manusia yang tak boleh nak terima nasib dan rezki yang telah ditentukan?? tapi, siapalah aku untuk menegur orang2 lain.. same2 lah kita renungkan.. insya'allah..

subhanallah..

No comments:

Post a Comment